Luka lama kembali berdarah.
Siapa yang pernah merasa pedih dan sakitnya pasti faham.
Ibarat pisau yang paling tajam menghiris tanpa sedar.
Sakitnya hingga ke dalam, pedihnya sukar digambarkan.
Kadang-kadang menjadi manusia bodoh yang saban kali mengulang kesilapan memang terasa sesal dan bebal.
Sudah ternampak kelibat kecewa,
masih juga diredah jalan yang beronak duri.
Bukan bodoh selayaknya dilabel pada diri tetapi yang lebih teruk dan hebat dari bodoh itu apa? Dungu?
Mungkin....hurmmmmm
Tapi ... hati ini pasti akan kembali pulih.
Pasti!!
Kerana doa yang tidak putus ini.
Mungkin ini caranya Allah ingin mendidik, mengajar agar kembali semula dekat denganNya.
Persetan dengan janji dan harapan yang digantung pada insan lain,
kerana mereka juga sama lemah.
Menabur harapan, membibitkan rasa dan semudah itu menghenyak sesukanya.
Dan padanlah dengan muka sendiri, kerana lekas percaya.
Sedangkan diri sendiri pun tahu tiada yang selayaknya digantungkan rasa dan harap kecuali Yang Esa.
MEMO : ;(
No comments:
Post a Comment