Cinta Pertama
pernahkah korang mengalaminya????????????
Ak yakin, semua orang pernah ada kenangan terhadap cinta pertama.
Apakah definisi cinta pertama kat korg???
Bagi aku, memang indah jika ada perasaan cinta itu menyelinap dan terus menyusup ke dalam kalbu.
Memang sempurna hidup kita jika warna-warna cinta menghiasi di jiwa.
Namun,tak semua yang kita impikan, akan menjadi kenyataan.
hurmmmmmmmmmm... Kadang-kadang dalam keasyikkan menyimpul buih-buih cinta, tak sapa menduga badai yang menjelma sehingga buih-buih itu berterbangan dan terus lenyap..and Kadang-kadang, siapa yang menduga hujan juga mampu turun di tengah hari walaupun cuaca terang-benderang kn????.
Definisi peribadi terhadap cinta pertama – bagi aku cinta pertama adalah laluan hati untuk kita merasai apa itu erti cinta yang sebenarnya. Laluan bagi jiwa untuk mengundang rasa rindu dan laluan bagi kalbu untuk menyimpul bunga-bunga bahagia. Namun, tak semua cinta pertama akan berakhir hingga ke jinjang pelamin. Alangkah indahnya jika cinta pertama itu berjaya hingga ke jinjang pelamin. Alangkah beruntungnya mereka yang berjaya membawa cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Namun, itulah hakikat kehidupan ... tak semuanya indah-indah belaka kn ???.
Cinta Pertama juga tak semestinya cinta sejati kepada seseorang insan itu. Maybe cinta sejatinya ada kat org len namun jika kita tak membuka pintu hati kita kat org to, camne cinta sejati yang kita dambakan akan hadir untuk menghuni diri kita. Aku akui, sememangnya tak mudah untuk melupakan cinta pertama. Kadang-kadang, kita masih terkenangkannya walaupun cinta pertama itu sebenarnya amat menyakitkan hati. Kadang-kadang, cinta pertama tak boleh dibanggakan kerana ia mampu merobek dan mencalar jiwa yang suci.ecehhhh..huhuhu Namun, kadang-kadang aku terfikir, kenapa harus wujudkan perasaan cinta itu di dalam diri sedangkan dia tidak tercipta untuk kita. Adakah untuk kita merasai apa ertinya rindu kemudian diberikan pula kita merasai apa ertinya kecewa. 3 in 1, itulah selayak-layaknya untuk aku mencampurkan kesemua perasaan ini jika cinta kita kecundang di pertengahan jalan.
Apabila membaca novel cinta,hurmmm aku terfikir sendiri ...wahh!!! alangkah bahagianya mereka yang telah dipertemukan jodoh masing-masing walaupun banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi sedangkan hakikat kehidupan yang sebenarnya tidaklah semudah seperti perjalanan cerita kat novel uh. Oleh itu, korg harus bersyukur jika korg da dipertemukan jodoh dan hargailah pasangan masing-masing kerana bagi sesetengah org, tak mudah untuk bertemu jodoh dan tak mudah untuk menyerah hati untuk dimiliki.
Kesimpulan yang dapat aku simpulkan disini, kadang-kadang cinta pertama membuatkan seseorang itu hilang kepercayaan kepada lelaki/wanita sehingga keraguan sentiasa timbul di hati mereka untuk mengecapi bahagia.and Kadang-kadang mereka sanggup membujang hingga ke akhir hayat gara-gara cinta pertama yang menyakitkan hati. Walau apa pun situasi cinta yang anda alami, satu yang aku harap – hargailah cinta yang hadir kerana sekali ia pergi, susah untuk mengundangnya semula ...
Dan jika anda suka pada seseorang itu, luahkannya agar dia juga tidak terlepas kat tangan orang lain. Kita harus mengambil risiko terluka jika kita cintakan seseorang itu kerana jika kita hanya memendamkannya, mungkin si dia yang menjadi dambaan hati juga akan berlalu pergi .... Alangkah ruginya selepas dia dimiliki baru kita tahu bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan kita, hanya kerana kita terlambat, dia menjadi bunga larangan di jambangan orang...huhuhuhu
memo : cukop JIWANG tak ???hihi
No comments:
Post a Comment