♥ peNgikuT seTia ♥

Thursday, March 3, 2011

CURANG ???

CURANG....CURANG...

ak TAK SUKE gile perkataan nie !!! 

HATE sgt!!!

tp ALHAMDULLILAH bf yg skunk ak YAKIN tak curang ..Huhu tp tataw la MASE HADAPAN kn ??? ermm

jom ushaaa di sebalik nie...

 Apakah Maksud Pasangan Anda Curang?



Mengapa mereka yang sedang berada didalam sebuah hubungan cinta yang bahagia, berlaku curang terhadap pasangan mereka????

Bagaimana mereka sanggup berlaku curang sedangkan mereka tahu pasangan mereka adalah yang terbaik???

Kepada anda yang sedang membaca artikel ini
mungkin anda boleh katakan mereka ini adalah golongan yang bodoh! dan tidak bermoral.

Hakikatnya mereka lebih dasyat daripada itu!

Curang adalah simptom dan bukannya penyebab mengapa…
Hubungan hari ini berlandaskan HakmilikdanMenguasai Pasangan

Maksudnya, anda merasakan anda memiliki pasangan anda dan mengawal semua pergerakan pasangan anda. Hermm… Patut la semakin ramai yang rela menghabiskan rutin seharian mereka mengintai pasangan mereka… hehehe :) 
 

Mari berfikir sejenak… 
 Bayangkan kita semua hidup di dunia yang tiada batasan Kasih sayang, Cinta dan seks.
Maksudnya, adalah LOGIK untuk anda boleh berkongsi kasih dan melakukan hubungan seks dengan orang yang TIDAK anda cintai, dan anda BOLEH mencintai orang yang anda tidak berkongsi kasih dan melakukan hubungan seks. Adakah anda setuju?

Jika anda setuju, apakah maksud Curang?

Curang adalah menghancurkan sebuah Kepercayaan. Sedangkan Kepercayaan itu sendiri adalah Hayatkepada hubungan yang bahagia.  Jika anda fokus kepada perhubungan cinta yang berlandaskan kejujuran dan kepercayaan sepenuh masa, adalah tidak mustahil untuk pasangan anda curang. Mempercayai dan berkongsi segala kebenaran kepada pasangan anda sedangkan mereka tidak, adalah perkara yang paling sedih dan menyakitkan hati!


the CONCLUSION..untuk mengatasi masalah Curang adalah, cuba untuk berbincang Talk Openly dan berlaku jujur di antara satu sama lain tanpa perasaan marah, benci dan mengadili antara satu sama lain. Saya yakin dan pasti anda mampu lakukannya, kalau tidak mengapa anda bercinta dengan pasangan anda sekarang..hehehe   :)
Cuba cari kelemahan dan “x-factor” yang anda dan pasangan masing- masing perlukan. Jika boleh, cuba terangkan segala- galanya kepada pasangan anda termasuk penerangan daripada pasangan anda sendiri, walaupun sehingga ke tahap terpaksa mengetahui pasangan anda tertarik kepada insan lain. Jika segala kebenaran terbongkar! Maka curang dapat di atasi :)
Salam Cinta dan Kejayaan!

HAHAHA 

katakan TIDAK pada CURANG !!!

No comments: