♥ peNgikuT seTia ♥

Wednesday, October 12, 2011

nak pilih pasangan TERBAIK ? meh tinjau.

Pada suatu hari di sekolah, ada seorang pelajar bertanya pada gurunya,pada masa itu gurunya sedang mengajar tentang kasih sayang.


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak memilih seseorang yang terbaik untuk kita sayangi
dan macam mana pula kasih sayang itu hendak berkekalan?

Cikgu : Ok, sekarang kamu ikut apa yang cikgu suruh. kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput
sambil memandang rumput di hadapan kamu. pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang, walau sekali, dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.



Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput berada di tangannya.


Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?


Pelajar : Tadi masih saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik, memang banyak rumput yang cantik tapi cikgu suruh ambik yang paling cantik. maka saya terus berjalan kehadapan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang. tapi sampai ke penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap jangan menoleh kebelakang semula. jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.


Cikgu: Ya, itu lah jawapannya.


MAKNANYA 

apabila kita telah bejumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu.
Kita patut hargai orang yang berada dihadapan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang dah berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang lalu tidak berulang kembali dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun kalau nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan lebih baik seperti rumput tadi.           


   



No comments: